Menu
Surah_Az-Zumar Isi kandunganSebahagian besar di antaranya memperkatakan soal tauhid dengan berbagai cara, supaya dapat meresap dan bertapak di hati, disertakan dengan pengajaran-pengajaran dan tamsil-ibarat yang menyedarkan hati untuk menerima dan mematuhinya.
Kemudian diterangkan perihal orang-orang yang beriman yang berusaha mendengar perkataan- perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama). Mereka itulah yang diberi hidayah pertunjuk oleh Allah, dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.
Kemudian Allah Taala menegaskan tentang Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya tentang benarnya dan indahnya, dan yang berulang-ulang keterangan-keterangannya dengan berbagai cara. Dengan mendengar dan membacanya: kulit badan orang-orang yang takut melanggar perintah Allah menjadi seram kemudian kulit badan orang itu menjadi lembut serta tenang tenteram hatinya menerima ajarannya.
Golongan-golongan yang melampaui batas dengan perbuatan-perbuatan maksiat diseru supaya mereka jangan berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa (kecuali dosa syirik). Kemudian diseru supaya mereka segera bertaubat serta berserah bulat-bulat kepada Allah sebelum mereka ditimpa azab, kerana sesudah itu tidak akan diberikan pertolongan. Surah ini diakhiri dengan peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada hari akhirat dan balasan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang ingkar.
Menu
Surah_Az-Zumar Isi kandunganBerkaitan
Surah Quran Surah al-Fatihah Surah Al-Kahfi Surah At-Taubah Surah al-Baqarah Surah Al-Insyirah Surah Al-Ikhlas Surah Al-Fiil Surah al-Alaq Surah Al-InsyiqaaqRujukan
WikiPedia: Surah_Az-Zumar http://alquran.cz.cc/2010/04/039-rombongan-rombong... http://wikisource.org/wiki/Al-Quran/39